Khamis, 23 Jun 2011

PETUA MENCERAH , MENGHALUS DAN MELICINKAN KULIT

1) Satu biji buah tomato masak dicampur satu camca teh susu tepung , lenyekkan dan perlahan-lahan gosokkan pada muka dan leher , lihat saja akhirnya , lakukan 3-5 kali seminggu ,


2)1/2 genggam kacang hijau dicampur 1/2 genggam kacang dhal , rendam semalaman , keesokan harinya dikisar bersama yogurt , ratakan pada muka dan leher, tunggu kering dn bilas , lakukan seberapa kerap yang boleh .


3) Sebiji mengkuang  dan 1 biji karot dikupas , rendam segenggam beras untuk 3 malam , kesemua bahan ini dikisar halus , sapukan pada muka setiap hari untuk 20-30 minit dan bilas .


4) Semasa tanak nasi dan apabila nasi hampir kering ambil 2 sudu makan air nasi (cecair likat)  , lumurkan pada muka  dan leher sewaktu masih suam , biarkan kering dan bilas .


5) Satu biji kentang , buang kulit dan campur dengan sebiji telur kuning , lumurkan pada muka dan apabila kering , terus bilas dengan air bersih .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan